My photo
An ex-convent girl,USM architecture student,ex-WKKA (architect firm)currently pursuing Master in Architecture. also a *fashionista *very outspoken * business* self-proclaimed moment photographer and photo-poet* handmade enthusiast* enthrall people with my own style and enchanting-self* ambitious* *I love blogging, scrapbooking, stamps..handmades=P *romantika *very active in society *into music and dance and poetry too *definitely demure for first meet.

Sunday, December 4, 2011

Jom Beribadah Sunat Hari Asyura (10 Muharam)

10 Muharam.
Tarikh yang dianggap  sebagai hari besar dan istimewa buat Umat Islam.
Banyak terjadi peristiwa penting sesuai dengan nama Asyura yang bermaksud sepuluh.

Antara Kejadian yang berlaku pada 10 Muharam :

1. Allah  SWT menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharam.
2. Diciptakan lautan pada 10 Muharam
3. Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharam.
4. Diciptakan Luh Mahfuz pada 10 Muharam.
5. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharam.

6. Diciptakan Adam a.s pada 10 Muharam.
7. Dimasukan Adam a.s ke dalam syurga pada 10 Muharam.
8. Dilahirkan Ibrahim a.s pada 10 Muharam
9. Diselamatkan Ibrahim a.s dari api Namrud pada 10 Muharam
10. Diselamatkan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail a.s dari disembelih pada 10 Muharam.

11. Ditenggelamkan Firaun dan tenteraya pada 10 Muharam
12. Diampunkan dosa Daud a.s pada 10 Muharam
13. Dilahirkan Isa a.s pada 10 Muharam.
14. Dikeluarkan Yunus a.s dari perut ikan Nun pada 10 Muharam. 
15. Disembuhkan penyakit Ayub a.s  pada 10 Muharam. 

16. Diangkatkan Isa a.s ke langit pada 10 Muharam. 
17. Diterima taubat Adam a.s pada 10 Muharam. 
18. Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Sulaiman a.s pada 10 Muharam. 
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharam. 
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharam. 

21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharam. 
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s daripada tenggelam pada 10 Muharam.

Begitu banyak kejadian yang penting, patut diketahui oleh kita sebagai umat islam.

Dengan itu apakah antara amalan sunat yang digalakkan ? 

1. Melapangkan Masa/ belanja untuk isteri dan keluarga lain.
2. Memuliakan Fakir Miskin.
3. Menahan Marah
4. Menunjukkan orang yang sesat
5. Menyapu atau mengusap kepala anak yatim.
6. Bersedekah 
7. Mandi Sunat
8. Bersembahyang sunat 4 rakaat 
9. Membaca surah Al-ikhlas sebanyak 1000 kali
10 Menjamu orang berbuka.
11. Berpuasa.


Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud,
"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharam maka baginya menyamai 30 hari berpuasa"

Sabdanya lagi yang bermaksud,
" Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharam maka Allah anugerahkan pahala 10 ribu ibadah malaikat dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala haji dan umrah"

So apa lagi kawan-kawan..mari kita beribadah esok, mengaut pahala sebanyak yang mungkin sambil menghayati kepentingan 10 Muharam. Semoga sharing ini berguna untuk anda semua, mungkin juga membuka mata dan hati pada sesiapa yang tidak mengetahui.


Source : Buku - 10 Hari kebesaran Islam oleh Rusydi Ramli Al-Jauhati, Penerbit: MustRead Sdn.Bhd


Jom sharing !

4 comments:

zira said...

indo yang baik dan sangat berguna.. thank u Farah... :)

zira said...

sorry :: info <<< hehehehe

farahD said...

Thanks FrappoFrap =D

shahniefa said...

alhamdulillah.. :) thanks for the info..jom puasa!

My Friends and Bloggers

DONT FORGET TO LEAVE UR LINK HERE yEA!

DONT FORGET TO LEAVE UR LINK HERE  yEA!
Click Love link and Leave your footprint here =D
Related Posts with Thumbnails