My photo
An ex-convent girl,USM architecture student,ex-WKKA (architect firm)currently pursuing Master in Architecture. also a *fashionista *very outspoken * business* self-proclaimed moment photographer and photo-poet* handmade enthusiast* enthrall people with my own style and enchanting-self* ambitious* *I love blogging, scrapbooking, stamps..handmades=P *romantika *very active in society *into music and dance and poetry too *definitely demure for first meet.

Sunday, July 31, 2011

Tips makan berbuka dan sahur yang sihat !


Salam semua, 
Saja mahu berkongsi apa yang telah di baca dengan semua rakan-rakan blogger di mana sahaja anda berada, agar apa yang diketahui ini dapat membantu sedikit sebanyak supaya Ramadhan kali ini lebih diberkati =D

Menu Berbuka

Harus disegerakan berbuka puasa sesaat azan berkumandang bertujuan agar gula darah yang berkurang selama berpuasa, dapat segera digantikan dengan makanan yang mengandung gula.

1. Berbuka dengan sesuatu yang manis kerana manis itu mengandungi gula yang dapat diserap masuk dengan segera ke dalam tubuh badan ! Cth memakan 3 biji kurma dengan segelas air.

2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana atau yang diperbuat dari tepung biasa kerana makanan ini dapat memulihkan tenaga yang telah hilang dengan segera.

3.  Elak berbuka dengan amaun makanan yang berlebihan pada waktu yang sama kerana ini akan menyebabkan makanan di dalam perut lambat dicerna. Seharusnya makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.

4. Elakkan juga berbuka dengan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk agar sistem pencernaan tidak mengalami kejutan. Seeloknya makan makanan yang suam atau sama dengan suhu badan. Tidak digalakkan berbuka dengan air sejuk, tetapi berbuka dengan air yang suam atau sederhana panas sebelum makan.

5. Makan makanan dengan amaun yg sedikit terlebih dahulu sebelum solat maghrib atau terawih. Selepas waktu-waktu itu adalah waktu panjang yang sesuai untuk anda makan semula dengan makanan yang sihat, sistem pencernaan pun akan bertindak lebih efektif. Berhenti makan sebelum kenyang yea =D.

6.  Selepas berbuka dengan sedikit, rehat selama satu jam agar organ itu dapat menyesuaikan kembali dengan makanan. Sesudah terawih, sesuai untuk kita makan makanan lengkap dengan menu yang menyeluruh. Menjelang tidur, diperbolehkan untuk makan makanan ringan atau buah yang secukupnya.

7.  Makan pada waktu berbuka menyumbang kepada 2/3 keperluan tenaga (makanan seharian) maka penting untuk makan makanan yang berzat dan secukupnya sepanjang waktu berbuka bersesuaian dengan keperluan masing- masing.

8. Badan kehilangan air yang banyak ketika berpuasa maka sepanjang berbuka diamalkan minum minuman sebanyak yang mungkin...1 kalori tenaga bersamaan dengan 1 L air...maka seseorang harus minum lebih kurang 2L - 2.5L sepanjang waktu berbuka hingga sahur agar badan tidak cepat letih dan kekeringan.

Menu Bersahur

1. Kepentingan bersahur adalah sama nilainya dengan bersarapan pagi. Memakan sahur menyumbang kepada 1/3 keperluan tenaga badan, tidak digalakkan sama sekali meninggalkan sahur kerana ini akan menyumbang kepada kesihatan badan yang kurang/lesu.

2. Makan makanan yang mengandungi protein  seperti daging, ikan, telur, udang, hati, tempe, tahu, kacang-kacang kerana pencernaan protein mengambil masa yang lama, oleh itu dapat menampung keperluan badan sepanjang berpuasa.

3. Sebolehnya makan sedikit buah-buahan selepas makan kerana buah segar kaya vitamin C yang dapat memacu keaktifan penyerapan zat besi. 

4. Tidak seperti berbuka, kurangkan makanan manis kerana gula akan lebih cepat tercerna sebagai tenaga.

5. Menjelang imsak, sudahkan sahur dengan segelas susu berkrim atau tidak mengikut keperluan dan kesesuaian.


Saya harap tips ini dapat membantu anda berbuka di hari pertama anda ! For more go to pedoman puasa


Selamat berbuka !

My Friends and Bloggers

DONT FORGET TO LEAVE UR LINK HERE yEA!

DONT FORGET TO LEAVE UR LINK HERE  yEA!
Click Love link and Leave your footprint here =D
Related Posts with Thumbnails