Tajuk pun dah bahasa melayu apatah lagi isi kandungan artikel kali ni =)
hahaha
Beriya je kan tulis pembuka kata formal macam tuh.
Ok, berbalik pada tajuk..ha mesti nak tahukan apa impian saya bulan ramadhan ni...angpa pasti akan terkejut mengejut.......
*
*
*
MAKAN
hai sah-sahla bulan puasa mana nak makan selalu kan, ish Farah, Farah...
Tapikan ini bukan pasal makan benda-benda biasa oke...ni dah bab mengidam...
hahahahaha
Mengidam makan :
1. Macaroon yang berwarna warni tuh [ dari dulu lagi nak makan tapi disebabkan harga pun seindah rupanya terpaksala cek berundur sementara ada ongkos nak membeli hehehe kira sekarang dah ada la 'budget' nya - al maklumlah budget raya =P Alhamdulillah ]
2. Homemade Cookies [especially choc chip cookies yang bentuk tak berupa cookies...tak sekata gitu...nampak hodoh sikit tapi mak ai bila makan sodap bonar..hehe ' Dont judge a cookie by its looks' oke ]
3. Durian [ mengidam durian di kala bulan puasa memang tak pernah dibuat orang hahaha tapi cek ni memang hantu durian...hantu-hantu lain takde bulan puasa ni tapi hantu durian tetap ada hahha ]
Erm jarang la saya nak buat entri kot suka-suka nak tulis apa....tapi syok jugak na.
Dalam semua yang diimpikan diatas memang hampir 60% saya dah nak dapat...InsyaALLAH nanti pasti saya akan update dengan gambar-gambar yang pasti membuatkan anda terliur. =P
*****************
Tahun ni saya tak shopping raya..tapi shopping makanan raya, boleh?
Dalam semua yang diimpikan diatas memang hampir 60% saya dah nak dapat...InsyaALLAH nanti pasti saya akan update dengan gambar-gambar yang pasti membuatkan anda terliur. =P
*****************
Tahun ni saya tak shopping raya..tapi shopping makanan raya, boleh?
3 comments:
Salam sahabat
Not that hard to achieve. Ada rezki insyaAllah dapat
Selamat berpuasa
Umi
Wsalam sahabatku Umi,
Thank singgah di sini hehe InsyaALLAH dapat apa yang diingini..
Selamat Berpuasa juga yea kak Umi.
sy pernah makan macaron!!mmg mahal tp sekadar dah rasa je ok dah.manis! :)
Post a Comment