Hari Jumaat,
Hari yang mulia
Mari kita sama-sama beringat,
Membuat kebaikan dan pahala.....
As-Salam buat semua rakan-rakan,
Terdetik di hati ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah dibaca baru-baru ini. Apatah lagi hari ini hari yg mulia, lagi afdal untuk berkongsi ilmu dan kebajikan sebagai tanda peringatan mahu pun sebagai renungan buat kita bersama.
Sedekah.
Perkataan yang cukup singkat tapi perbuatan tersebut sangat tinggi pahalanya. Saya baru sahaja selesai membaca buku oleh Fahrur Mu'is yang berjudul 'Sedekah Tanpa Wang'. Saya percaya, walaupun kita sedia maklum bahawa sedekah itu adalah ubat segala penyakit....tapi tahukah kita sedekah juga tidak semestinya berupa wang ringgit atau harta benda. Tajuk post saya sendiri sudah terang lagi bersuluh menyatakan makna sedekah itu sendiri.
Kaya atau miskin, itu sebenarnya adalah ujian dari ALLAH SWT. Bagi orang kaya, harta adalah ujian yang menuntutnya bersyukur, sebaliknya orang miskin menuntutnya untuk lebih bersabar. Apa yang membezakan orang kaya dan miskin sebenarnya bukanlah harta yang jadi kayu pengukur di alam duniawi, tetapi ALLAH SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang meletakkan kemuliaan seseorang itu adalah Takwa.
Senang bukan?
Satu sen pun tidak dikeluarkan, hanya amalan kita yang menjadi pengukur.
Kebanyakan kita rata-rata bukanlah datang dari golongan yang berada, mungkin ada diantara kita yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, ini semua tidak seharusnya mematahkan semangat kita untuk melakukan kebaikan kepada orang lain. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak antara beberapa cara untuk kita bersedekah :
Sedekah Dengan Hati : Mempunyai niat yang tulus dalam melakukan sesuatu sudah dikira sedekah. Wah betapa hebatnya kerana amalan yang sangat kecil ini boleh menjadi besar kerana niat.
Sedekah Lisan : Sentiasa berkata-kata yang baik, berzikir dan bertasbih, mengucapkan salam dan lain-lain.
Sedekah dengan perbuatan : Senyum itu adalah sedekah ! Anda juga ingin tahu bahawa setiap insan yang menyegerakan solat jumaat adalah seperti menyedekahkan unta dan lembu ! Betapa besarnya nilai pahala hanya dengan melakukan perbuatan yang kadang-kadang dianggap remeh. =D
Seharusnya banyak lagi cara untuk kita bersedekah....semuanya boleh didapati di dalam buku yang telah saya baca. Eloklah sekiranya kita ingin mengetahui lebih banyak lagi dapatkan buku seperti dibawah untuk simpanan dan bacaan ahli keluarga yang lain. Saya bukan hendak promote, tetapi buku yang saya baca ini memang ringkas dan padat, sesuai untuk diamalkan oleh golongan masa kini yang sentiasa sibuk bekerja.
Maafla cabuk jek camera ni... nk cepat snap pki handphone camera jek =D Buku ni masuk handbag pun lepas hehehe =D |
Tunggu di LRT, Tunggu masa makan, Tunggu rancangan TV...sambi-sambil, curi-curi masa, kita luangkan membaca...betul tak? Kalau kita tak cari masa, masa pasti akan meninggalkan kita, akhirnya menyesal kerana tidak berbuat apa-apa faedah.
Diharap ilmu yang tidak seberapa ini dapat menjadi renungan buat kalian semua....mungkin juga sebagai tanda peringatan untuk diri yang kadang-kadang terlupa.
No comments:
Post a Comment